Saturday, November 14, 2009

aku dan dia...

dah 6 hari aku buat solat isthikarah tentang perasaan ku terhadapnya... malam ni malam ketujuh... semoga aku dapat petunjuk... yang pasti aku sangat menyayanginya sepenuh hatiku... tak pernah lagi aku couple ngan sesorg dan aku ceritakan semua impian dan cita2ku kecuali kepada dia... semoga jodoh aku berpanjangan dengannya...

Sunday, November 8, 2009

aku dan dia..

aku baru berkenalan dgnnya... tapi kenapa cepat sangat aku boleh jatuh cinta??? aku dalam penasaran... aku rasa aku cintakan dia, ingin mengahwininya, tapi aku takut aku cuma boleh bertahan sekejap aje dengannya.. kerana aku adalah orang yang jenis cepat boring... jadi , apa yang aku perlu lakukan agar cinta aku berkekalan dengannya????

Sunday, October 11, 2009

kenapa ek?

perasaan aku sungguh-sungguh tak enak hari ini. sama ada sesuatu akan terjadi kepadaku atau orang di sekelilingku... terasa berdebar2... macam ada sesuatu akan belaku, tapi aku tak tahu apa yang akan berlaku? aku buat kerja serba tak kena.. tadi dalam bilik hampir tersadung dengan wayar, kat kafe tadi nasi tumpah... Ya Allah, kurangkanlah perasaan itu.. semoga semuanya baik2 belaka...

Thursday, October 8, 2009

aku, kau dan dia...

aku bukanla seorang yang baik dan bukanla jahat sangat... tapi tak bermaksud aku nak ceritakan perihal orang lain kat kawan baik aku.. aku dah minta maaf, tapi tiada tanda2 untuk dia memaafkan aku... tak apela.. aku terima .. itu memang kesalahanku... dan andai aku meninggal satu saat nanti, harap dia sudi memaafkan aku... kerana kami tetap bersaudara sehingga ke mati... terima kasih kerana pernah baik denganku.. aku halalkan topup2 yang telah ku hulurkan pada kau, aku halalkan masa yang telah aku habiskan untuk mendengar masalah kau... aku maafkan semua kesalahan kau walaupun dalam tak sedar kau melakukannya... aku sangat berkecil hati pada ketika dan saat ini, tapi biarla Allah je yang tahu.. agar kau bahagia dengan pilihanmu... dan jangan ditanya ke mana aku menghilang selepas ini....
salam dari saudaramu...

Saturday, October 3, 2009

kenangan semalam

semalam... keluar dengan seorang kawan.... dia bukan student unimap.. itu yang penting... kitaorang keluar ke alor star je... gi makan, jalan2, yg paling best masa naik menara alor star.. rasa sangat teruja(maklumla- baru first time naik)... tapi gayat pun ada.. tinggi gak.. tengok dr bawah cam rendah je... well, ptg tu dah blik.. rasa cam sekejap je perjalanan tu... kalau ada rezeki lg, mungkin lain kali boleh keluar lg... mungkin...

Thursday, October 1, 2009

hidup ini....

terasa nak wat novel ke cerpen nanti... so, kena tggu masa yg sesuai baru wat,,, sekarang still busy lg... nanti2 la ye...